Daisypath Anniversary tickers
Ya Allah kurniakan kami dari pasangan dan zuriat yang mampu menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami dari kalangan hambaMu yang bertaqwa

Thursday, 3 November 2016

Anak Tantrum

Yaaaaaa... Aku tengah lalui fasa ni sekarang. Tapi rasanye dah lalui dari Furqon start pandai tantrum. keh3.

Antara aku dan suami, ofkos die banyak bagi muka pada anak. Memang la anak kena layan cam raja umo gini, Tapi dalam masa sama kena aja dorang jadi berdisplin. Baru ni aku pk, kena do something dengan perangai Furqon yang sangat soleh. keh3.

1st, suami aku ada belikan die tab. tapi officially tu tab suami aku. Sekarang aku nampak Furqon macam tak boleh kalau takde tab masa die makan, masa die nak tdo. So apa lagi, sebagai mak yang cakna (katanye) aku ambik inisiatif segera ubah benda ni. Memang die x tahap addicted lagi tapi xkan nak tunggu terok baru nak bertindak. Mula2 aku ambik masa bila balik ke taiping aku jauhkan die dari tab. Bila die mintak masa makan aku lengahkan die. Aku sembang dengan die. Alih perhatian die. Alhamdulillah mula2 susah skit. Sebab die merengek. Masa ni la ko kena kentalkan hati, pekakkan telinga. Ahahaha. Memang aku mak yang kejam. Hati kering.

Anak tu nak x nak takde pilihan. Kalo die nak x makan dia akan lapar. Sebab aku memang takkan bagi tab tu. Hahaha. Masa die tdo pon aku buat benda yang sama. Aku buat bedtime story dengan die. Memang dia ada mintak tab die. Tapi aku nak kaji, die tdo sebab khayal dengan tab atau apa. Tapi suprising!!! Dia tido lagi awal dari die mengadap Tab. Maksudnya apa? Cite ummi die membosankan agaknya. Masa bedtime story tu sebenarnya aku yang mengantuk lebih. Ntah melalut ke mana dah masa cerita dekat dia. hahahaha. Abaikan. At least aku usaha tahan ngantok demi cerita kat anak aku. hahaha.

Alhamdulillah hampir seminggu aku buat camtu nampak berhasil. Dia pon tdo awal. Tu paling penting. Lagi 1 nak mengadap tantrum dia masa pergi mall. Bila die tak dapat apa dia nak, mula la die buat pusingan 360 darjah kat lantai kan. Jerit tu jgn cita la. Aku ni buat bodoh je ble orang pandang. Hahaha. Jadi makpak kena tak malu skit. Husband aku memang jenis layan je anak nak apa. Tapi haritu aku dah warning manja die, no more toys!!! Macam mana aku buat? Sama jugak kaedah aku buat utk elak Tab. Masa die mintak mainan, dokong die, alih perhatian dengan sembang , atau tanya apa2 je yang berkaitan dengan permainan yang die nak. Contoh, " ok, abg nak mainan tu kan? Abg nak berapa? Nak kaler apa? kalau beli tu adik main sama boleh tak" n so on. Pandai2 la korang kreatifkan soklan tu. Asalkan menjauh dari tempat mainan dan sampai ke parking, masuk dalam kereta dengan selamat tanpa perlu mengadap tantrum anak kat mall. Lama2 nanti anak akan faham. Tak semua benda die boleh dapat. Manjakan anak boleh, tapi at the same time displinkan dorang. So, korang boleh try beberapa tips tu ok. Dan bila isteri dan cakap "No" Jangan pulak bapaknye say "yes". Konfius anak nanti! And lagi 1, bila harini korang kata "No" ,tapi bile anak kena "rasukan ablasa" skit korang da gelabah penguin ikotkan cakap anak jugak, believe me! Dorang akan buat bnda yang sama lagi lepasni. Hahaha. So when you say no, it is mean "NO". When you say "Yes" it is mean "YES". Ingat tu??!!!!

No comments:

Post a Comment