Daisypath Anniversary tickers
Ya Allah kurniakan kami dari pasangan dan zuriat yang mampu menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami dari kalangan hambaMu yang bertaqwa

Wednesday, 24 August 2016

Ujian

Aku peluk erat sebuah gelas
Takut terlepas, pecah
Rupanya terlalu kuat tak sedar
Sampai berderai dalam dakap
Seolah ada yang berteriakan dari dalam,
Bising
Tapi ombak sentiasa selari
Pasir pula tak pernah berbunyi, harmoni

Takut malam sebab gelap
Seolah siang tak pernah jahat
Yang kau nampak hanya hitam yang laknat
Dan bintang yang banyak takkan pernah cukup
Sebab yang terang bersinar
Itu bulan yang kau sembah
Padahal bintang itu yang lagi jauh
Lagi banyak gusar
Sangat kuat lelah
Kerna mencuba kuat bercahaya
Tapi takkan pernah berjaya
Sebab itu bulan yang kau puja
Bodoh, bintang bodoh

Seolah berlari kecil atau berlari erat
Kalau jatuh tersungkur juga
Yang sakit hanya aku yang rasa
Yang lain hanya akan bersorak dan gembira
Sebab yang koyak itu aku
Bukan mereka

Aku ambil gelas tadi
Aku cuba cantum dengan rapi
Masih ada yakin, masih ada hati
Tapi sempurna kembalikah gelas itu nanti?
Takkan
Sebab yang sempurna hanya,
Tuhan

F.L.

Aku eja setiap huruf
Setiap huruf itu menyembuh
Basah hati, basahlah pipi
Hairan
Banyaknya sayang dari asing yang datang
Rupanya nak sayang tak perlu mengenali
Hanya perlu hati yang suci

Salah magnet, menolak
Betul susun, menarik
Tapi yang Berkuasa itu Tuhan
Dia yang menolak
Dia yang menarik
Sebab yang memegang yang merah di dalam
Itu Tuhan

Setiap dahan yang dipatahkan
Pasti tumbuh semula yang cantik
Kadang masih tumbuh di sama
Kadang pula tumbuh di baru
Tapi pasti ianya lebih cantik
Sembuh

Huruf tadi aku dah eja
Maka aku tulis pula huruf yang baru
Untuk kau yang sayang
Moga kau juga di sayang Tuhan
Kerana hebat kau mendoakan 
❤️
F.L.

(Credit to Farah Lee)
i Feel u. Same situation here, Just pray for the best n my luv one, habibi zauji. Ujian untuk orang yang kuat. ^^

No comments:

Post a Comment