Daisypath Anniversary tickers
Ya Allah kurniakan kami dari pasangan dan zuriat yang mampu menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami dari kalangan hambaMu yang bertaqwa

Monday, 27 March 2017

Fast Update

Assalamualaikum


Lahaii.  Baru sudah bersihkan sawang kat rumah sendiri.  LoL. 

Lama sangat rasa tak merepek nih. Bz ke pon.  Tak la jugak.  Bila da ada idea menulis tak login pulak.  Macam2 nau alasan. Hahaha.  Update sikit la wat happen rite now.  

- Ok, pasal blaja sikit lagi nak habih dah.  Phewww. Lap peloh jap.  Haha.  Jenoh.  Tesis was gud. In shaa Allah submit on april.  Pray for me.  😘😘😘, ni masuk sem 8 dah.  

- keje?  Cam biasa mereput lagi d bangunan Polis yanv tersergam indah gtchew. 

- Tgh tunggu interview something biggest in my carrer.  doakan juga ya

- Anak2? Membesar dengan jayanya.  Alhamdulillah.  Tak besar sgt la yg Hanan Imani tu. 😝😝😝

-Oh,  i wish to stop BF rite nw.  Hahaha.  Fefeeling sangat!  Ada masa simptom penat amat tu.  Allahhu!  Haha.  sikit lagi nak cukup hawlain.  Mohon tabah! 

- Diri sendiri?  Hahaha.  gtu jela ada nya diri sendiri.  Bila nak besar tak tau.  😄😄😄😄😒😒😒😒 rasa nye makan macam dah membela.  😑😑😑😑

- ok,  for now tu je update mee megi dari tuan tanah kedaung. Nak p makan biskut.  Makan nasik lg nanti bhaya.  hahahaha.  Okbai.  Take care eberibadeh!  😘😘😘😘😘😘
Nah! Jangan rindu tau.  😝😝. trobek masa tgh tgu tren nak balik ipoh dr UKM.  tudung pink tu adik yg rajin jd baby sitter.  Jagakan si kecik tu masa ummi g kelas.  😄😄😄

Thursday, 3 November 2016

Anak Tantrum

Yaaaaaa... Aku tengah lalui fasa ni sekarang. Tapi rasanye dah lalui dari Furqon start pandai tantrum. keh3.

Antara aku dan suami, ofkos die banyak bagi muka pada anak. Memang la anak kena layan cam raja umo gini, Tapi dalam masa sama kena aja dorang jadi berdisplin. Baru ni aku pk, kena do something dengan perangai Furqon yang sangat soleh. keh3.

1st, suami aku ada belikan die tab. tapi officially tu tab suami aku. Sekarang aku nampak Furqon macam tak boleh kalau takde tab masa die makan, masa die nak tdo. So apa lagi, sebagai mak yang cakna (katanye) aku ambik inisiatif segera ubah benda ni. Memang die x tahap addicted lagi tapi xkan nak tunggu terok baru nak bertindak. Mula2 aku ambik masa bila balik ke taiping aku jauhkan die dari tab. Bila die mintak masa makan aku lengahkan die. Aku sembang dengan die. Alih perhatian die. Alhamdulillah mula2 susah skit. Sebab die merengek. Masa ni la ko kena kentalkan hati, pekakkan telinga. Ahahaha. Memang aku mak yang kejam. Hati kering.

Anak tu nak x nak takde pilihan. Kalo die nak x makan dia akan lapar. Sebab aku memang takkan bagi tab tu. Hahaha. Masa die tdo pon aku buat benda yang sama. Aku buat bedtime story dengan die. Memang dia ada mintak tab die. Tapi aku nak kaji, die tdo sebab khayal dengan tab atau apa. Tapi suprising!!! Dia tido lagi awal dari die mengadap Tab. Maksudnya apa? Cite ummi die membosankan agaknya. Masa bedtime story tu sebenarnya aku yang mengantuk lebih. Ntah melalut ke mana dah masa cerita dekat dia. hahahaha. Abaikan. At least aku usaha tahan ngantok demi cerita kat anak aku. hahaha.

Alhamdulillah hampir seminggu aku buat camtu nampak berhasil. Dia pon tdo awal. Tu paling penting. Lagi 1 nak mengadap tantrum dia masa pergi mall. Bila die tak dapat apa dia nak, mula la die buat pusingan 360 darjah kat lantai kan. Jerit tu jgn cita la. Aku ni buat bodoh je ble orang pandang. Hahaha. Jadi makpak kena tak malu skit. Husband aku memang jenis layan je anak nak apa. Tapi haritu aku dah warning manja die, no more toys!!! Macam mana aku buat? Sama jugak kaedah aku buat utk elak Tab. Masa die mintak mainan, dokong die, alih perhatian dengan sembang , atau tanya apa2 je yang berkaitan dengan permainan yang die nak. Contoh, " ok, abg nak mainan tu kan? Abg nak berapa? Nak kaler apa? kalau beli tu adik main sama boleh tak" n so on. Pandai2 la korang kreatifkan soklan tu. Asalkan menjauh dari tempat mainan dan sampai ke parking, masuk dalam kereta dengan selamat tanpa perlu mengadap tantrum anak kat mall. Lama2 nanti anak akan faham. Tak semua benda die boleh dapat. Manjakan anak boleh, tapi at the same time displinkan dorang. So, korang boleh try beberapa tips tu ok. Dan bila isteri dan cakap "No" Jangan pulak bapaknye say "yes". Konfius anak nanti! And lagi 1, bila harini korang kata "No" ,tapi bile anak kena "rasukan ablasa" skit korang da gelabah penguin ikotkan cakap anak jugak, believe me! Dorang akan buat bnda yang sama lagi lepasni. Hahaha. So when you say no, it is mean "NO". When you say "Yes" it is mean "YES". Ingat tu??!!!!

Wednesday, 24 August 2016

Ujian

Aku peluk erat sebuah gelas
Takut terlepas, pecah
Rupanya terlalu kuat tak sedar
Sampai berderai dalam dakap
Seolah ada yang berteriakan dari dalam,
Bising
Tapi ombak sentiasa selari
Pasir pula tak pernah berbunyi, harmoni

Takut malam sebab gelap
Seolah siang tak pernah jahat
Yang kau nampak hanya hitam yang laknat
Dan bintang yang banyak takkan pernah cukup
Sebab yang terang bersinar
Itu bulan yang kau sembah
Padahal bintang itu yang lagi jauh
Lagi banyak gusar
Sangat kuat lelah
Kerna mencuba kuat bercahaya
Tapi takkan pernah berjaya
Sebab itu bulan yang kau puja
Bodoh, bintang bodoh

Seolah berlari kecil atau berlari erat
Kalau jatuh tersungkur juga
Yang sakit hanya aku yang rasa
Yang lain hanya akan bersorak dan gembira
Sebab yang koyak itu aku
Bukan mereka

Aku ambil gelas tadi
Aku cuba cantum dengan rapi
Masih ada yakin, masih ada hati
Tapi sempurna kembalikah gelas itu nanti?
Takkan
Sebab yang sempurna hanya,
Tuhan

F.L.

Aku eja setiap huruf
Setiap huruf itu menyembuh
Basah hati, basahlah pipi
Hairan
Banyaknya sayang dari asing yang datang
Rupanya nak sayang tak perlu mengenali
Hanya perlu hati yang suci

Salah magnet, menolak
Betul susun, menarik
Tapi yang Berkuasa itu Tuhan
Dia yang menolak
Dia yang menarik
Sebab yang memegang yang merah di dalam
Itu Tuhan

Setiap dahan yang dipatahkan
Pasti tumbuh semula yang cantik
Kadang masih tumbuh di sama
Kadang pula tumbuh di baru
Tapi pasti ianya lebih cantik
Sembuh

Huruf tadi aku dah eja
Maka aku tulis pula huruf yang baru
Untuk kau yang sayang
Moga kau juga di sayang Tuhan
Kerana hebat kau mendoakan 
❤️
F.L.

(Credit to Farah Lee)
i Feel u. Same situation here, Just pray for the best n my luv one, habibi zauji. Ujian untuk orang yang kuat. ^^

MC 3 minggu

Hurm... dah nak habis MC aku rupanye. Selasa depan dah keje balik. Lepas MC 3 minggu hampir sebulan jadi penunggu rumah. Walaupun xde cedera parah apa, tapi rasanye mental aku ni x ok lagi rasanye. Sebab sampai skrg aku susah tdo malam. Jenuh aku kira kambing biri2, tapi x mau2 jugak lelap mata nih. 



Bila bgtau kawan2, dorang cakap mmg akan ambik masa untuk hilangkan rasa tu. TRAUMA. Yelah langgar lori kot. Bukan langgar bonggol. Allah sayangkan aku lagi, dan bila ingat balik malaikat maut sebelah aku je msa tu. Dia perati je. Dah la, xmo ingat kesah tu. Lagi aku trauma nt, Tggu keputusan xray next week mcm mana keadaan tulang belakang aku ni. Lepastu baru pk nak p terapi atau apa2 je cara rawatan yang sesuai.

------------

Tuesday, 28 June 2016

Cuba berlapang dada



Lately ni ramai yang jadi "ilmuwan instant" , " debator instant".
Its a gud sign ekceli ble ramai yang nak jadi camtu, yes i'm trying to think in a positive way! Tapi jadi lagi rumit ble masing2 nak salahkan orang, masing2 nak tuding jari! Tak selesai wei kome! 

Either u BF mommy atau FM mommy
Either u vax or unvax ur baby
Either u SAHM atau WAHM atau working mommy
Either u choose to HS your L.O or vice versa

Ni semua berbalik kepada diri masing2. Sendiri tau kekuatan masing2. Tak perlu tengok orang. Tak perlu banding membanding. Derita kita jangan d tunjuk. Bahagia juga tak perlu dipamer. Orang yang akan sedar derita kte, orang yang akan nampak bahagia kte walau tanpa d tunjuk. 

Bila pilihan yang d buat nyata bertentangan dengan pilihan ramai tak perlu rasa diri kita ni alien. Dan yang melihat jugak tak perlu beri pandangan sinis, kata2 sinis? Laaaagi tak perlu! Kenapa? Sebab tu keputusan die, tu hak die! Aku pasti yang membuat keputusan tau consequences nye. Terima jelah. Tak susah pon. Tak suka tengok? Pejam mata, pekakkan telinga. Berhenti la dari menulis yang bukan2 d laman sosial. Cukup2 la tu. 

"Remote control" tu yang kte pegang, Allah tau apa yang ada dalam hati kita. Sama ada nak cakap yang baik atau stay behind and shut ur mouth n stop writing as a keyboard warrior. Banyak hati yang akan terluka, banyak silaturrahim yang akan terputus dengan ketukan jari sendiri d keyboard. Kita semua berbeza pendapat. Itu manusia. Tapi kita boleh cari titik persamaan dan raikan perbezaan pendapat. Bila warna kuning dan biru d campur ianya tetap menghasilkan warna yang cantik. Kan indah semuanya ble kte bole adapt pandangan, tindakan orang lain tanpa prejudis? Hv a gud ramadhan semua! ^^

Friday, 17 June 2016

Diari Ramadhan Kami 1437H

Ramadhan ke-12 dah ye! puasa korang camne semuanye?
Aku dan family alhamdulillah luar biasa best sebab puasa dengan 2 anak. Tapi ofkos la dua orang tu x puasa ye dok. Hahaha. Cukup time mntk la nasi die. 

Bulan puasa ni takde idea nak share apa denga korang. Cuma kali ni ramadhan rasa x buat apa. Hahaha. Pelik kan? Hurm. Balik keje suami memang x bagi masak la. Dia kata dah penat. Since ni tahun ke 3 berturut2 aku berpuasa dalam keadaan menyusukan anak dan pam pulak tu kat pejabat, So just imagine makanan yang aku melantak time sahur, air yang aku minom 2L tu keluar balik. Hahaha. kering wei badan ni!

Sebab tu laki aku x bagi masak. Time cuti je aku boleh la masak tipu2 skit. Sebab laki aku bukan jenis makan nak bermata sangat lauk nya. Sahur pon kadang tu yang kering2 je. Dia x suka yang berkuah time sahur. Ikotkan jelah. Tapi bila time aku x boleh puasa, nak bangun sahur tu Allah liatnya, Hahaha. Tapi kena bangun jugak la sebab nak siapkan lauk sahur suami. Over betol kalo tido x sedo diri. Keh3. Cuma a bit touched bila dalam aku x puasa ni suami siapkan sarapan aku. Hahaha. Telur separuh masak tu makanan wajib aku. Even bukan bulan ramadhan pon sarapan aku tu la. Tu tahan sweet lagi, bila nak pergi keja, cik abe siapkan bekal lagi. Hahaha. Buat makan kt opis katanye. Yelah mana ade kedai makan bukak time ramadhan kan. Melainkan x segan sangat p la drive thru ka. Tapi so far takde buat lagi. Sebab cik abe siapkan sarapan, bekalkan nasik. Air kopi O. Terus rasa melting sangat tika dan saat itu. Dia cakap " Sayang pam susu, satgi lapaq". Ok kanda! sawit tak? Yelah, laki aku bukan jenis nak cakap i luv u, i miss u nih. Kadang tu aku paksa die ckp. Hahaha. So ble die buat benda2 sweet gini. Cair cam coklat dalam mulut gtew. To my luvly partner, my soulmate tqvm memahami isterimu. 

Friday, 29 April 2016

Anak sakit???

Help.. help!!!
Anak saya sakit. Kena mc la gini, kena EL la gini. Seriously ni yang selalu bermain kat kepala mak2 ble ank tak sihat kan? Takpe, aku pon sama je, Tambah sekarang musim el nino, klinik yang aku pergi last 2w, doc bagitau die sendiri admitted seminggu sebab demam virus. Dah aku pulak batuk tak behenti. Doc siap pesan, kat rumah kena pakai mask. Nanti jangkit dengan anak. Ofkos la. 

Betoi la. Dok berapa hari lepastu anak aku yang sulung demam, batuk terok jugak bunyi nye. Tapi aku x panik sangat. Check selalu suhu dia, lepas maghrib tu buat steaming teros. Nak bagi die selesa tido. Bila macam dah sehat skit, suami aku mula la gatai nak bawak anak keluar jalan2, aku dah pesan jangan d bawak keluar sebab die baru nak pulih, so antibodi tgh 80% nak kuat balik. Haaa, x nak dengo cakap aku kan, dok selang sehari demam balik furqon. Festaim kot die on off demam. Cuak aku bila kali kedua die demam, Ayat ruqyah toksah cakap la. Banyak kali aku ulang.

Tapi tu la, bila ko jenis parent yang x annoying serba salah kot nak bawak anak keluar jalan2 nak puaskan nafsu ko. Hahaha. Yes! Sila kuarantin anak dalam rumah je kalo die baru baek demam ka, selsema ka, batuk ka. Kot ada jemputan kenduri ka apa ka tak payah la p. Dok diam2 dalam rumah. Anak tu baru nak sehat, hg p gatai nak merela jugak memang lepas tu hg jangan pelik anak hg sakit balik. Jadi la mak pak yang ada common sense skit noh! Satgi depa da besaq hgpa qada la balik segala jenis nafsu nak p kenduri ka, jalan2 ka.. keh3.  Aku sendiri tak tdoq woi jaga anak sakit. Dok jerlum dia, kesian kot budak kecik demam. Takmo makan, nasib mau minom ayaq lagi. Takkan nak kacau laki tdoq, dia penat kemas rumah bagai, esok nak p keja lagi. Maka hgpa rela kan la mata hgpa jadi panda sat. Anak kecik x lama, satgi tau2 da besaq. Jaga la depa sebaik boleh. Time depa sakit depa pon xmo aih keluaq jalan. Nak dok rumah ja. Mana yang spesis mulut puaka kata " alaa. jangan d manjakan badan anak tu.." meh nak luku skit kepala. Hg yang tua bangka pon kalo x sehat nak manja2 meow dengan laki hg, ni anak hg x boleh nak lagu tu ka? Kan ka aku kata manusia ni pelik dan aneh!

So, plis ada common sense skit noh dah jadi mak pak tu. Toksah dok jakun sangat nak p kenduri, window shopping bagai. Ada anak buat cara ada anak. Kang takdak anak hg bising. Dah aku nak makan sat. Okbai.